Apa komen mahasiswa lapar? Ini jawab Najib

2019-03-22 8,790

Seorang mahasiswa Universiti Malaya hadir ke program santai bersama Datuk Seri Najib Razak untuk bertanyakan mengenai isu mahasiswa 'lapar'.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata pihak universiti seharusnya ada dana kecemasan untuk membantu pelajar-pelajar yang mengalami masalah kewangan.

Jika pihak universiti tidak mampu, kata Najib, tanggungjawab itu patut diberi perhatian oleh kerajaan.