Apabila Ahli Parlimen Jelutong mencelah...

2019-03-21 2,684

KUALA LUMPUR 21 Mac - Jika ada anugerah Ahli Parlimen yang paling banyak mencelah, RSN Rayer (DAP-Jelutong) tidak syak lagi adalah pemenang.

Jika tidak bangun secara tertib memohon laluan mencelah, suara beliau hampir pasti akan kedengaran setiap kali kerajaan atau DAP disentuh.