Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad hari ini menyeru wakil rakyat pembangkang supaya tidak menggunakan pembangkang terdahulu sebagai contoh demi mewajarkan tindakan mereka di Dewan Rakyat."Ini kerana mereka (pembangkang BN) berbeza berbanding kami, bila kami dulu menjadi pembangkang tidak mempunyai pengalaman sebagai kerajaan."Memang banyak maklumat kami tidak dapat, sehingga ada dari pihak kami terpaksa provokasi, jolok dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat. Itu boleh boleh difahami. Tetapi, sekarang pembangkang ini terdiri daripada bekas perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri."Jadi, jangan guna kami sebagai contoh pasal dulu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.Mengulas lanjut kekecohan oleh pembangkang di Dewan Rakyat semalam, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata pembangkang hari ini mempunyai pengalaman sebagai kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih membina."Bagilah, cadangan-cadangan bagaimana untuk memperbaiki pentadbiran. Sebagai bekas kerajaan mereka sepatutnya ada maklumat. Maka, mereka sepatutnya datang dengan cadangan-cadangan bagaimana memperbaiki soal kebajikan, bajet dan sebagainya," katanya.Khalid Samad turut mendakwa kekecohan semalam sengaja dicetuskan untuk ditonton oleh orang-orang kampung untuk menunjukkan bahawa mereka berjuang demi Melayu dan Islam."Dia (wakil rakyat BN) gunakan isu-isu emosi dan sebagainya ia memang satu tindakan yang tidak wajar untuk dilakukan.