Akta Hasutan masih boleh diguna, belum mansuh - Muhyiddin

2019-03-20 340

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Akta Hasutan 1948 masih wujud dan boleh diguna pakai sehinggalah ia dibentangkan di Parlimen untuk dimansuhkan.Bagaimanapun katanya, penggunaan akta berkenaan bergantung kepada keperluan dan kebijaksanaan pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu kritikal."Kita nak tentukan tidak ada pihak salah guna tetapi sekarang kita lihat masih ada individu keluarkan kenyataan yang sentuh perkara sensitif."Banyak mempersoal institusi raja dan agama kita tidak boleh dibiarkan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke- 229 di Maktab Penjara Malaysia di Kajang, hari ini.

Free Traffic Exchange