Kerajaan akan tubuh mahkamah khas rasuah

2019-03-20 386

Putrajaya akan menubuhkan satu mahkamah khas rasuah supaya kes-kes berkaitan salah laku tersebut dapat dipercepatkan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.Dr Mahathir berkata, cadangan itu selaras dengan inisiatif pelan antirasuah nasional di mana mahkamah khas tersebut dapat menumpukan kepada kes-kes terdahulu yang melibatkan rasuah.Beliau berkata, antara kes tersebut turut melibatkan Kementerian Pertahanan yang mana kerajaan mengenal pasti terdapat penjualan tanah dengan cara yang menyalahi undang-undang untuk membina kem tentera.Jelas Mahathir lagi, ia tidak akan menjejaskan mahkamah biasa kerana ia akan diadakan di mahkamah biasa juga dan cadangan tersebut masih diteliti.