Pelajar Malaysia baca al-Quran depan ratusan penduduk New Zealand

2019-03-19 5,866

Walaupun insiden tembakan rambang yang mengorbankan 50 nyawa telah berlaku lima hari lalu namun sehingga kini masyarakat dunia masih berdukacita dengan kejadian tersebut.

Seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Mohd. Shahrizan berkongsi sebuah video yang memaparkan ratusan masyarakat pelbagai kaum hadir untuk memberikan penghormatan terhadap mangsa serangan.