Noor Rashid sebak tinggalkan PDRM

2019-03-18 214

Bakal meninggalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noor Rashid Ibrahim menitiskan air matanya ketika memberi ucapan terakhir sebagai timbalan ketua polis negara hari ini.Berucap di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur, Noor Rashid mengenang kembali hari pertamanya menjejakkan kaki ke sana, lebih 35 tahun lalu.Beliau merujuk pegawai dan anggota polis yang menunggu ketibaannya seawal pagi tadi sebelum mengiringinya ke Dewan Tan Sri Abdul Khalid - di mana majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara diadakan.Noor Rashid, 61, secara rasmi bersara pada 17 Mac ini. Jawatan itu kini dipangku Ahmad Hamid Bador yang sebelum ini mengetuai Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.Sebelum menjadi timbalan ketua polis negara pada 2014, beliau merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).Berasal dari Yan, Kedah, beliau mula berkhidmat sebagai penolong penguasa polis. Antara jawatan yang pernah dipegangnya ialah Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sungai Petani, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan Pesuruhjaya Polis Sabah.Menceritakan perancangannya selepas ini, Noor Rashid berkata beliau mahu bercucuk tanam dan menulis tentang pengalamannya dalam pasukan itu serta pengorbanan polis.

Free Traffic Exchange