Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kini sedang fokus kepada kerja-kerja pembersihan di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang supaya bahan-bahan toksik tersebut dapat dikeluarkan segera dan dilupuskan dengan selamat, selain memastikan tiada sumber pencemaran yang baharu.