Video ugutan simbah asid Mujahid, NGO lapor polis

2019-03-13 1,677

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat berhubung satu video berunsur ugutan, ingin menyimbah asid terhadap menteri berkenaan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.