SERI KEMBANGAN 11 Mac - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menambah satu lagi laluan bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan pentadbirannya sebagai inisiatif memberikan perkhidmatan secara percuma kepada masyarakat.
Majlis memperkenalkan laluan baharu SJ05 yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kos berjumlah RM1.25 juta itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han.