Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan garis panduan perbelanjaan yang diberi nama ‘Belanjawanku’.
Ia merupakan satu inisiatif membantu masyarakat menguruskan perbelanjaan minimum bulanan atas setiap kategori barangan dan perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah di Malaysia.
Menurut garis panduan berkenaan, Belanjawanku boleh digunakan bagi merancang perbelanjaan peribadi dan keluarga bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik.
Ia berdasarkan pola perbelanjaan sebenar barangan dan perkhidmatan oleh isi rumah di Lembah Klang.
KiniTV turun ke sekitar Kuala Lumpur bagi mendapatkan pandangan orang ramai mengenai garis panduan perbelanjaan berkenaan samada ia adalah anggaran yang tepat atau sebaliknya.