Suasana Dewan Rakyat gamat dengan bunyi 'tanda setuju' oleh barisan Ahli Parlimen ketika Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengenai kedudukan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.
Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.