Iskandar: PAS tetap bersama orang bukan Islam

2019-03-11 224

Seorang pemimpin kanan PAS menafikan dakwaan bahawa kerjasama parti itu dengan Umno akan menyebabkan negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan ekstremis.Naib Presiden PAS, Iskandar Samad berkata kenyataan itu mungkin berpunca daripada kebimbangan mengenai kerjasama rasmi antara kedua-dua parti."Macam mana PAS nak isytihar perang kepada bukan Islam? Kita bersama-sama dengan bukan Islam."Tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar. Mungkin hasil daripada rasa ketakutan mereka dalam keadaan kerjasama yang berlaku. "Dan ketakutan ini membuat mereka mengeluarkan bermacam-macam kenyataan," kata Iskandar ketika bercakap dalam seminar perpaduan nasional anjuran sayap penyokong bukan Islam parti itu atau lebih dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHHP).Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat Timbalan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.Nga awal minggu ini mendakwa kerjasama Umno-PAS akan mendorong kerajaan Taliban di Malaysia, manakala Lim pula berkata langkah itu adalah sama seperti "melancarkan perang" terhadap bukan Islam. Lim bagaimanapun mempesebelum memperbetulkan semula kenyataan tersebut.Bertentangan dengan dakwaan bahawa PAS tidak bersikap mesra terhadap orang bukan Islam, Iskandar menegaskan parti itu mendapat sokongan kuat daripada ahli DHPP, serta penglibatan bukan Islam dalam kerajaan negeri yang dipimpin PAS.