KUALA TERENGGANU 10 Mac - Pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dijalankan ke atas Muhammad Syukur Khamis, 14, tidak menemukan sebarang pendarahan pada otak pelajar berkenaan.
Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Nor Azimi Yunus berkata, secara amnya keadaan Muhammad Syukur stabil dan sihat walaupun mengalami gejala seperti pening dan muntah sebanyak empat kali selepas terjatuh dari kerbau, semalam.