Mesyuarat pertama Dewan Tertinggi BN yang diadakan sejak kekalahan gabungan itu tahun lalu berakhir hari ini tanpa sebarang kata sepakat mengenai sama ada untuk membubarkan BN.
Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata presiden MCA Wee Ka Siong membentangkan usul itu semasa mesyuarat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad juga berkata bahawa Umno dan MIC melihat tidak ada keperluan untuk membubarkan BN.