Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang di Langkawi sebagai tragedi.Pasangan suami isteri yang merupakan suspek utama kematian Nur Aisyah Aleya Abdullah memberitahu polis bahawa kanak-kanak perempuan itu mengalami sawan ketika dimandikan.Polis sebelum ini mendedahkan bahawa suspek lelaki memasukkan mayat kanak-kanak perempuan berkenaan dalam beg dan mnmbuangnya ke di Gunung Raya di Langkawi.Wan Azizah berkata demikian ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.