Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dilaporkan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjual Legoland Malaysia Resort.Menurut portal Bloomberg yang memetik sumber melaporkan taman tema berkenaan dianggarkan bernilai RM1 bilion termasuk hutang yang dimiliki.Kata sumber itu lagi, Khazanah sedang mempertimbangkan potensi penjualan sebagai sebahagian daripada kajian semula ke atas aset bukan terasnya.Bagaimanapun sumber itu mengaskan, belum ada keputusan muktamad dan terdapat kemungkinan juga Khazanah mengekalkan aset itu.Legoland Malaysia Resort yang terletak di selatan Johor dimiliki Khazanah dan dikendalikan Merlin Entertainments Plc. Ia adalah taman bertema Lego yang pertama di Asia, meliputi kawasan yang bersamaan dengan lebih daripada 50 padang bola sepak.Taman tema Lego pertama di Asia itu dibuka pada 15 September 2012 dengan mempamerkan 15,000 model Lego yang dibuat daripada lebih 60 juta bata.Menurut Bloomberg wakil Khazanah belum bersedia mengulas lanjut berhubung berita berkenaan.