Jangan ada unsur sabotaj, TPM ingatkan penjawat awam

2019-03-04 1

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam yang berbeza pendirian politik supaya tidak melakukan sebarang unsur-unsur sabotaj.Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan sedar ada kalangan penjawat awam yang mewarisi sokongan kerajaan lama.Dr Wan Azizah berkata penjawat awam boleh berbeza dari segi fahaman politik namun untuk berkhidmat kepada rakyat adalah tidak wajar menggunakan perbezaan kelompok, kaum dan agama sebagai penghalang.“Kerajaan faham dan hormati pendirian politik masing-masing. Namun saya ingin mengingatkan supaya jangan ada unsur-unsur sabotaj,” katanya ketika berucap pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya hari ini.Mengenai usaha penjawat awam memanfaatkan media sosial sebagai ejen penyampai maklumat dan promosi perkhidmatan kepada masyarakat, beliau berkata ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan maklumat atau melemparkan tuduhan dan kritikan terhadap kerajaan secara melulu.Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan penjawat awam supaya mengetahui batas-batas perhubungan dalam komunikasi serta mematuhi etika penggunaan media sosial.

Free Traffic Exchange