Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun menegaskan tiada sebarang aktiviti kempen dibenarkan mulai tengah malam 2 Mac.Katanya antara larangan yang ditetapkan misalnya ialah seseorang calon tidak boleh berkata: "Sokong saya".Bagaimanapun kata Azhar tiada larangan dikenakan jika seseorang calon itu berjalan untuk beramah mesra dengan orang ramai."Kita tak boleh larang orang berjalan, kan?" katanya.