Buat pilihan bijak, hari ini tentukan nasib Semenyih - Aiman

2019-03-02 2,107

Calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali tiba di pusat pengundian di sekolah yang terletak di Kampung Baru Semenyih pada jam 7.55 pagi.Aiman berharap pengundi Semenyih membuat pilihan yang bijak bagi menentukan nasib Semenyih.Ditanya mengenai keyakinan beliau, Aiman berkata melihat sambutan di pusat mengundi ia agak positif.Hari ini pengundi berdaftar di kawasan Semenyih mula memilih wakil rakyat baru untuk membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri Selangor.Mengikut senarai SPR, ada 54,503 pemilih berdaftar bagi kawasan DUN Semenyih. Daripada jumlah itu kira-kira 68 peratus ialah pengundi Melayu, 16.7 peratus Cina dan 13.8 peratus India.Selain calon PH dan calon BN Zakaria Hanafi, PRK kali ini turut disertai calon Parti Sosialis Malaysia Nik Aziz Afiq Abdul, dan calon bebas, Kuan Chee Heng.