KUALA LUMPUR 1 Mac - Kira-kira 500 umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Negara, di sini, bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Nabi Muhamad SAW.
Perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu diadakan selepas selesai solat fardhu Jumaat bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi, pembelaan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kasim, 24, dan isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong serta isu-isu perkauman.