Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur sesetengah pemimpin kerajaan hari ini yang masih mempunyai sikap membangkang sehingga mendapat kecaman daripada rakyat.Beliau berkata kerajaan hari ini merupakan mereka yang berada lebih 60 tahun di barisan pembangkang dan ada sesetengah mereka masih bersifat pembangkang.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.