Mahkamah Sesyen di sini memindahkan kes pecah amanah, rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Keputusan itu dibuat Hakim Rozina Ayob selepas permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan kes tersebut dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada 21 Februari lalu.