Ramai doa Dr M sihat, jika tak huru-hara negara - Ku Li

2019-02-26 3,132

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjadi seteru paling sengit buat Dr Mahathir Mohamad ketika dalam Umno dahulu.Bagaimanapun kini, Tengku Razaleigh yang dikenali dengan gelaran Ku Li menzahirkan harapan agar perdana menteri diberikan kesihatan yang baik bagi mentadbir negara.Razaleigh berkata demikian ketika berucap dalam Sembang Santai di Pangsapuri Seri Dahlia, pusat daerah mengundi (PDM) Bukit Mahkota 2 malam tadi.Majlis sembang santai yang merupakan sebahagian kempen BN pada PRK Semenyih itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Md Alwi Che Ahmad.Razaleigh juga berkata sekiranya Dr Mahathir terpaksa berundur daripada mentadbir negara dalam keadaan ketidaktentuan yang berlaku dalam PH, maka negara mungkin bakal berhadapan masalah besar.Kenyataan Razaleigh itu dipercayai merujuk dakwaan sesetengah pihak bahawa DAP kini menguasai kerajaan dengan mengetuai kementerian penting seperti menteri kewangan serta menteri komunikasi dan multimedia.Terdahulu dalam ucapannya, Razaleigh mengimbau kenangan kalah dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1987 ketika bertanding merebut jawatan presiden dari Dr Mahathir.