Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap membisu pemimpin Umno dan PAS dalam isu skandal 1MDB walaupun model kelahiran Australia, Miranda Kerr menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat seminggu selepas dokumen saman itu mendedahkan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low membelinya dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.