Umno-PAS takkan 'kahwin', sama-sama anak jantan - Annuar

2019-02-25 3,042

Umno tidak akan 'berkahwin' dengan PAS dalam membentuk sebuah kerjasama bagi memperjuangkan matlamat penyatuan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata Umno dan PAS akan terus kekal sebagai sebuah parti mengikut acuan masing-masing namun berjuang demi sebuah matlamat yang sama.

Beliau berkata Umno dan PAS adalah sama-sama 'anak jantan' dan bagaikan adik beradik walaupun telah mengikut haluan berbeza sejak sekian lama sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ‘Ceramah Perdana: Islam Memimpin’ di Bukit Katil di Melaka malam tadi.