Sekumpulan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini berhimpun di luar perkarangan masjid di universiti itu bagi meluahkan kekesalan pihak pentadbiran menunda program Sembang Santai bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak .
Kumpulan mahasiswa tersebut melaungkan 'Hidup Mahasiswa' dan 'Tolak Pakatan' yang disaksikan Najib sebaik sahaja selesai solat Jumaat.