Menteri Kewangan Lim Guan Eng menasihati semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan tol.
Menurut Guan Eng, semua pihak harus menunggu sehingga pengumuman dibuat.
Mengulas lanjut Guan Eng berkaitan janji menghapuskan tol adalah komitmen pakatan harapan seperti dalam manifesto yang akan terus kerajaan berusaha untuk melaksanakan janji itu mengikut kewangan negara.
Semalam dalam ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang Muhyiddin berkata kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut.