Kenyataan Asyraf Wajdi berniat jahat - Mujahid

2019-02-21 3,481

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mempersoalkan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof hanya berdiam diri apabila agama Islam diperlekehkan disifatkan sebagai tuduhan liar dan berniat jahat.

Mujahid dalam rakaman sebuah video menegaskan tindakan Asyraf Wajdi melakukan dakwaan sedemikian hanyalah sekadar usaha untuk menggambarkan kononnya beliau tidak mempedulikan tentang isu-isu penghinaan kepada Islam, Melayu dan raja-raja Melayu adalah tidak betul.