Zuraida akui projek PR1MA dihentikan sementara

2019-02-21 1,147

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengakui projek rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dihentikan sementara kerana kerajaan perlu permasalahan yang membelenggu projek itu.

Menteri Zuraida Kamaruddin berkata antara yang perlu dikaji adalah kemelut kewangan, lokasi pembinaan dan tawaran yang tidak berbaloi.

Atas sebab itu, kerajaan mahu melihat semula persetujuan-persetujuan yang ditandatangani dalam projek PR1MA.

“Tetapi rumah yang sedang dibina kita akan tetap teruskan sampai siap. Juga rumah yang sudah siap kita akan tolong kempenkan dalam ekspo-ekspo jualan rumah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan skim bantuan FundMyHome-Depositku hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya nasib projek PR1MA selepas kerajaan dilihat tertumpu kepada projek perumahan baru.

Free Traffic Exchange