Harga petrol naik 1 sen, diesel tak berubah

2019-02-15 405

Harga petrol naik 1 sen selepas tengah malam ini, manakala harga diesel kekal tidak berubah pada RM2.18 sen seliter.Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata RON95 akan dijual pada harga RM1.98 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.28 seliter. Kedua-duanya naik sebanyak 1 sen daripada kadar harga pada minggu lalu.Kerajaan kembali melaksanakan sistem apungan harga minyak secara mingguan pada awal bulan lalu.Bagaimanapun, jika harga minyak mentah naik, harga runcit dihadkan pada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.Pengekalan harga ini ditetapkan sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Easy Viral Banner Traffic