Ahli Parlimen Mersing Datuk Seri Abdul Latiff Ahmad antara 7 bekas ahli parlimen Umno yang secara rasmi menyertai Bersatu semalam.
Ketika ditanya mengapa baru sekarang mempunyai keyakinan terhadap Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding sebelum Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang lalu, Abdul Latif berkata politik ialah mengenai nombor jadi sudah menjadi tanggangujawab beliau untuk menguatkan kepimpinan Dr Mahathir kearah negara yang lebih cemerlang.
Turut menyertai Bersatu ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsuddin,Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Rosol Wahid (Hulu Terengganu).