Perbuatan sia-sia sahaja jika... - Peguam Najib

2019-02-11 12,957

Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah berkata adalah menjadi perbuatan sia-sia jika rayuan pasukannya memfailkan permohonan penangguhan terhadap pendengaran bagi tujuh pendakwaan berkaitan SRC International Sdn Bhd, yang dijadual bermula esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Shafee, jika pasukannya berjaya dalam permohonan rayuannya petang ini kesemua proses akan dilalui semula dari awal.

Pihak pembelaan Najib jumaat lalu memfailkan permohonan penangguhan terhadap pendengaran bagi tujuh pendakwaan berkaitan SRC International Sdn Bhd, yang dijadual bermula Selasa ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan dibuat di Mahkamah Rayuan. Mereka memfailkan sijil kesegeraan (certificate of urgency) agar permohonan itu akan didengar kelak.

Shafee memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa notis rayuan telah difailkan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk meneruskan perbicaraan pada 12 Februari (Selasa), setelah menolak permohonan lisan untuk penangguhan itu.

Ia di sebalik tindakan Peguam Negara Tommy Thomas menarik balik permohonan agar kes itu dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, mengikut Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Free Traffic Exchange