Setelah 6 tahun rayu, k'jaan luluskan sekolah baru di Semenyih

2019-02-11 3

Kerajaan meluluskan pembinaan sekolah baharu SK Taman Pelangi, Semenyih di Hulu Langat pada Oktober 2018 yang mengandungi 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan bagi tujuan menyediakan suasana pengajaan dan pembelajaran yang kondusif dan sempurna kepada pelajar.

Dalam satu kenyataan Pejabat Menteri Pendidikan, kos projek itu berjumlah RM20.7 juta dan tempoh pelaksanaannya selama dua tahun, bermula 27 Oktober 2018, dan dijangka siap pada 19 Oktober 2020.

"Kejayaan projek ini adalah kerana perjuangan panjang Persatuan Penduduk Taman Pelangi, Semenyih sejak tahun 2012 yang hanya berjaya direalisasikan setelah kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dan meluluskan pembinaan sekolah tersebut pada Oktober 2018.

"Selain itu, di bawah RMK 11 peruntukan sejumlah 67.58 juta telah diluluskan bagi projek pembangunan pendidikan di Selangor.

Selaras dengan dasar kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan, pihak Kementerian Pendidikan telah menetapkan semua projek baharu RMK-11 bermula tahun 2019 akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan melalui proses tender terbuka," kata kenyataan itu.

Free Traffic Exchange