Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak khabar angin berita pembaharuan kabinet selepas cuti Tahun Baru Cina.
Jelas Mahathir, setakat ini masih belum ada apa-apa perbincangan mengenai berita khabar angin tersebut.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahunan di Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia di Wisma Cina Kuala Lumpur siang tadi.