Rengekan terakhir Alif Ridwan

2019-01-30 1,363

KUALA NERUS 30 Jan. - Rengekan seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan sejak tiga hari lalu kerana tidak mahu berpisah dengan ibunya yang perlu keluar bekerja di kedai makan berdekatan merupakan petanda dia akan pergi selamanya.

Norazizah Ismail, 46, berkata, dalam tempoh tersebut juga Muhammad Alif Ridwan Wahab tiba-tiba gemar ke bilik air bersendirian tetapi, keceriaan anak bongsunya membuatkan dia tidak terlalu memikirkan tentang perubahan sikap berbanding kebiasaan itu.