KOTA BHARU 29 Jan. - Kumpulan penunggang kapcai 'Gi Mekoh Nga Mutor' selamat pulang ke bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan disambut meriah kira-kira 100 kenalan dan ahli keluarga di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini pukul 3.30 petang tadi.
Ketibaan mereka turut disambut oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Hamat dan Pengarah Tourism Malaysia negeri, Hafiz Hazin serta ahli-ahli kelab motosikal.