Usaha kerajaan membangunkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) adalah bagi mencapai aspirasi supaya Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas majlis Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 hari ini.