Hutang Selangor pada k'jaan lagi besar dari Pahang - Najib

2019-01-28 3,166

Hutang yang ditanggung Selangor kepada kerajaan persekutuan lebih besar daripada Pahang.

Menurut bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada suatu hantaran Facebook, liabiliti Selangor kepada kerajaan pusat sebanyak RM25 bilion berbanding RM3 bilion bagi Pahang.

Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat kiraan hutang Malaysia sebanyak RM1 trilion berdasarkan faktor hutang dan liabiliti kerajaan.

Lim juga pernah mempersoalkan jika Pahang dengan hutang sebanyak RM3.18 bilion berkeupayaan untuk membangunkan negeri itu.

Najib menjelaskan mengenai hutang Selangor berkata ia berpunca daripada liabiliti negeri itu sebanyak RM25 bilion yang disalurkan Putrajaya di antara 2010 dan 2018 bagi tujuan penstrukturan semula aset air di Selangor.