Aktifnya Datuk Seri Najib Razak di media sosial dan kekerapan beliau bertemu rakyat mungkin menarik perhatian ramai sejak tidak lagi menjadi perdana menteri.
Namun di mata Tun Dr Mahathir Mohamad apa yang dilakukan Najib itu tidak lebih daripada cubaannya untuk meraih simpati selepas kalah pilihan raya serta didakwa di mahkamah.
Kata Mahathir apa yang dilakukan oleh Najib itu supaya beliau kelihatan seperti dianiaya oleh kerajaan PH.