Budak sekolah pun mengeluh...

2019-01-12 3

Mana ada peniaga tidak mahu untung. Tapi menyerapkan kos yang mereka tanggung ke kantung murid boleh dikira melampau!

“Papa, duit belanja kena tambah 50 sen. Makanan kat kantin dah naik harga,” keluh Haqeem dan Adam sebaik sahaja pulang dari sekolah. Kata mereka, nasi lemak dan makaroni naik 50 sen, roti telur naik 30 sen. Mereka ada tanya acik kantin dan jawapan yang diterima - “Semua barang dah naik harga nak oi!”