Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kehebatan PAS menganjurkan sesuatu perhimpunan dalam menarik sokongan rakyat, khususnya Melayu-Islam namun ia gagal diterjemahkan dalam bentuk peratusan mengundi dalam pilihan raya apabila gagal menawan Putrajaya pada PRU-14.
Kata Muhyiddin, PAS akan menjadi pembangkang buat selama-lamanya.
Muhyiddin berkata demikian semasa sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.