Selepas Hindraf, Pemuda DAP (Dapsy) pula tampil mempertahankan Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy yang didesak melepaskan jawatannya susulan tragedi rusuhan bulan lalu yang mengorbankan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Kebangsaan Dapsy, Teh Hoong Keat berkata, adalah tidak adil untuk mendesak Waytha meletakkan jawatan sedangkan pelaku sebenar rusuhan di kuil Sri Mariamman di Subang Jaya itu masih bebas.
Menurut Hoong Keat sesetengah pihak sengaja menjadikan Waytha sebagai kambing hitam dalam hal ini.
Justeru Hoong Keat menyeru kerajaan supaya bersifat adil, saksama dan terbuka dalam menangani kes Muhamad Adib dengan memberkas pelaku sebenar secepat mungkin dan tidak membenarkan “hellraiser” terus membuat kacau.