Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar tindakan kerajaan memendekkan masa perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) kepada jam 7 petang mulai awal tahun depan.
Katanya, tindakan itu akan menyusahkan orang ramai, khususnya pekerja yang tidak mendapat pengecualian majikan untuk urusan peribadi pada waktu bekerja.
Menulis di Facebook, Najib berkata pentadbirannya dahulu memperkenalkan pusat itu bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia.
Katanya, UTC menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu hab atau pusat sahaja.
Katanya lagi, ramai orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja.
Najib turut berkongsi sepucuk surat memaklumkan masa operasi itu.
Menurut surat dari pejabat ketua setiausaha perbendaharaan itu, mulai 1 Januari 2019, waktu operasi UTC antara jam 8 pagi hingga setiap malam, kecuali cuti umum.