Ada permintaan BERSATU masuk Sabah - Muhyiddin

2018-12-13 602

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan Umno negeri itu yang bertindak keluar parti.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia bagaimanapun bergantung kepada beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri bawah bayu itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin Kuala Lumpur (TSMCG) kepada 10 badan amal hari ini.