Pekerja Lynas demo depan Parlimen tuntut jaminan k'jaan

2018-12-11 1

Kira-kira 130 pekerja Lynas berdemonstrasi di luar bangunan parlimen hari ini dan berhasrat menyerahkan memorandum kepada kerajaan bagi menyelamatkan pekerjaan mereka.

Pengurus Sumber Manusia Lynas Malaysia, Jumaat Mansor yang ditemui di luar Parlimen berkata mereka mendesak supaya kerajaan memberikan keadilan kepada pekerja Lynas.