Lebih 3,000 sudah banjiri Bukit Jalil

2018-12-08 3,676

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Lebih 3,000 penonton mula membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada mendapatkan tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF sebaik sahaja kaunter jualan dibuka seawal pukul 10 pagi esok.

Tinjauan Utusan Online mendapati, ada penyokong datang membawa keluarga, termasuk anak kecil, malah sesetengah mereka sudah tiba di perkarangan stadium sejak pukul 8 pagi tadi.

Free Traffic Exchange