Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata menyifatkan usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), yang ditolak Speaker Dewan Rakyat semalam, sebagai wayang politik tertinggi.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Ceramah Grand Finale Himpunan Bantah Icerd peringkat negeri Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.