Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan terhadap premis-premis sekolah tahfiz yang tidak mendaftar dengan mana-mana pejabat agama Islam negeri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sekolah tahfiz yang berdaftar dengan pejabat agama perlu mendapat kelulusan PBT terlebih dahulu untuk beroperasi.