Persidangan Dewan Rakyat hari ini panas dengan tindakan terhadap Datuk C. Sivarraajh yang semalam diarah meninggalkan sidang Dewan Rakyat oleh Speaker mendapat bantahan kebanyakan anggota Parlimen pembangkang hari ini.
Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan Sivarraajh supaya meninggalkan sementara sidang Dewan Rakyat pagi semalam sehingga beliau mendapatkan penjelasan mengenai status Sivarraajh sebagai Anggota Parlimen Cameron Highlands.
Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.